TIGA SITUASI YANG MENGEGRUNKAN ASKAR DI RABAAH MALAM PERTAMA RAMADHAN


Saya kira pada malam pertama bulan Ramadhan, telah terdapat tanda-tanda kemenangan di pihak yang benar. Perhatikan situasi beriku


1) Apabila Syeikh Umum Qurra Mesir, Dr.Ahmed Isa Masarawy telah sudi turun ke dataran Rabaah dan seterusnya mengimami solat terawih bersama-sama rakyat. Beliau turun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden yang sah Dr.Mursi dan menolak rampasan kuasa. Bukan itu sahaja,Dr.Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam terawih di dataran Rabaah sepanjang Ramadhan.

2) "Jabhah Ulamak Al-Azhar", sebuah badan terkemuka yang mengumpulkan ulamak Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan kepada Dr.Mursi. Presiden Jabhah, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) yang berucap di pentas utama Rabaah menyatakan bahawa tindakan askar melakukan rampasan kuasa merupakan satu jenayah dan haram di sisi undnag-undang. Jabhah juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib. Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir.

3) Kemunculan 6 orang bekas menteri kabinet Mursi memberikan kekuatan baru kepada rakyat. Mereka menaiki pentas dan memberikan ucapan menolak rampasan kuasa dibuat oleh tentera. Kesemua mereka telah meletakkan jawatan beramai-ramai beberapa hari selepas rampasan kuasa sebagai tanda protes kepada tentera. Mereka ialah Dr.Usamah Yasin (bekas Menteri Belia), Dr.Bassem Audah (bekas Mentei Perdagangan Dalam Negeri), Dr. Hatim Abdul Latif (bekas Menteri Pengangkutan), Khaled Azhari (bekas Menteri Buruh dan Sumber Manusia), Dr.Yahya Hamed (bekas Menteri Pelaburan) Dr.Mustafa Musad (bekas Menteri Pengajian Tinggi). Kesemua mereka adalah menteri kabinet dalam kerajaan Dr.Hisham Qandil sebagai Perdana Menteri dan mewakili Ikhwan Muslimin/FJP.

Saya yakin ketiga-tiga situasi ini akan menambahkan lagi tekanan kepada askar dan kerajaan "perampas" hari ini. Kemenangan mereka semakin hampir insya-Allah..



Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Panduan Internet - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger