Fathia Akui Bercinta Dengan Aiman Hakim Ridza


Pelakon cantik, Nur Fathia Latif mengakui kini sedang dilamun cinta dengan pasangannya dalam telefilem Diandra, pelakon tinggi lampai, Aiman Hakim Ridza

Sebelum ini memang sudah terdengar ura-ura mengatakan pasangan pelakon ini sedang menganyam cinta, namun kedua-duanya ketika itu mengunci mulut mengenai kesahihan perkara terbabit.

“Memang kami tidak bercinta sepanjang pembikinan telefilem itu, tapi tidak dinafikan ia menjadi permulaan untuk kami mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik,” katanya yang dipetik menerusi Metro

Ahad, hari ini.

Fathia mengatakan dia membuat pengakuan sedemikian kerana enggan namanya dikaitkan dengan mana-mana gosip mengatakan dirinya sedang bercinta dengan orang kenamaan sedangkan perkara itu

adalah tidak benar sama sekali.

Semoga hubungan pasangan sama cantik sama padan ini akan mekar sehingga ke jinjang pelamin hendaknya.

Oleh: AUDREY LEE

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Panduan Internet - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger